Sunday 10 July 2011

PANTUN


KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS SEKOLAH

Dari Raub  akan ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.


Tanda setuju angguk-anggukkan,
Adab tertib anak gemilang,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.

Ketukan gong bergema megah,
Pembakar semangat bangsa berhemat,
Perasmian majlis rasmilah sudah,
Dirasmi oleh tamu kehormat.

Pergi ke dusun menjolok kelapa,
Kelapa muda tidak berisi,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Buah cemara jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para,
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Apakan daya, kita sampai di hujung acara.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

PERANAN VIDEO DALAM P&P


Sinopsis Artikel
Artikel ini menjelaskan tentang penggunaan video sebagai salah satu elemen dalam multimedia untuk membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar bergerak. Proses Pengajaran dan pembelajaran dikatakan lebih menarik dan bermanfaat dengan penggunaan video kerana elemen dalam video mampu memberi  pengalaman baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara penggunaan video dalam P&P yang popular sekarang adalah EduwebTV dan Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah.

Peranan video dalam P&P
GURU PERMULAAN Oleh Dr. Ismail Zain

GURU dan pelajar boleh memuat turun klip video dari laman eduwebtv secara percuma.



PERKEMBANGAN teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak.
Bagaimanpun format video berubah mengikut perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video, cakera video dan kini klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian komputer.
Walau apa sahaja formatnya, fungsinya masih sama terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.
Menurut sebuah artikel di laman sesawang, video mampu memberi manfaat kepada pelajar. Katanya:
”With video as one component in a thoughtful lesson plan, students often make new connections between curriculum topics, and discover links between these topics and the world outside the classroom.”
(http://www.thirteen.org)
Dengan lain perkataan elemen-elemen yang terdapat dalam video mampu memberi satu pengalaman baru melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah.
Menyedari hakikat ini pelbagai pihak menyediakan bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran.
Sebagai contoh Astro telah melancarkan projek rintis ”Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah” yang memberi kemudahan peralatan untuk mengakses saluran terpilih untuk tujuan tersebut.
Malah Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri melalui laman sesawang EduWebTV (www.eduwebtv.com) menyediakan pelbagai rancangan untuk dimuat turun oleh guru dan pelajar dalam sesi P&P.
Brown J. W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain.
”They have a unique capacity to communicate, to influence and to inform. Communicate through the most direct channels to mind, emotions, sight and hearing.” (m.s 233)
Memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya merancang dengan menyusun strategi ke arah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka.
Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran, kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kirits dan kreatif, dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertima yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mampu menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan kepada pelajar-pelajar. Beberapa contoh aktiviti akan dibincangkan dalam penulisan seterusnya nanti.
Nota Pengarang: Penulisan ini adalah ubahsuaian dairpada kertas kerja asal ”Strategi Aplikasi Video Klip dalam Perancangan Proses Pengajaran Pembelajaran: Ke Arah Pembangunan Modal Insan.” yang dibentangkanoleh penulis artikel ini di Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran, 2009 pada 28-29 April, 2009 di Hotel Palm Garden, IOI Resort,Putra Jaya anjuran Universiti Putra Malaysia.

Saturday 9 July 2011

AKTIVITI SK. LUBUK SIREH


PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN 

 PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

PUISI


KEMBALIKAN GURUKU YANG DULU
Guruku…
Kuumpamakan dirimu sebagai matahari yang tak pernah bosan bersinar
Kuumpamakan dirimu sebagai bulan yang setia menerangi kegelapan malam..
Kuumpamakan dirimu sebagai bintang yang tak pernah jemu menjadi penghias alam..
Guruku..
Aku mohon secebis kasih sayang…Mengapa penghinaan yang kau luahkan.?
Guruku..
Aku mohon sedikit pengertian…Mengapa tamparan yang kau layangkan.?
Guruku..
Aku mohon satu keadilan…Mengapa hukuman yang kau hadiahkan.?
Guruku…
Kembalilah dikau sebagai matahari,bulan dan bintangku..
Kerana aku sangat memerlukan dirimu..
Sebagai penyuluh hidupku yang satu.
Menyusuri kehidupan yang penuh berliku.

Friday 8 July 2011

MOTIVASI DIRI

Sekadar renungan bersama...fikirkanlah



*** Kita sebenarnya jauh lebih hebat daripada apa yang kita sangkakan.
Justeru, jangan sesekali kita mengalah. 

*** MALAS  adalah racun  paling berbisa.....RAJIN adalah penawar  paling mujarab





**** Orang rajin Mencari jalan......Orang malas Mencari  Alasan

   *** Tidak ada Rahsia bagi Kejayaan. Ia adalah hasil persediaan,kerja keras, dan belajar daripada kegagalan.