Saturday 9 July 2011

PUISI


KEMBALIKAN GURUKU YANG DULU
Guruku…
Kuumpamakan dirimu sebagai matahari yang tak pernah bosan bersinar
Kuumpamakan dirimu sebagai bulan yang setia menerangi kegelapan malam..
Kuumpamakan dirimu sebagai bintang yang tak pernah jemu menjadi penghias alam..
Guruku..
Aku mohon secebis kasih sayang…Mengapa penghinaan yang kau luahkan.?
Guruku..
Aku mohon sedikit pengertian…Mengapa tamparan yang kau layangkan.?
Guruku..
Aku mohon satu keadilan…Mengapa hukuman yang kau hadiahkan.?
Guruku…
Kembalilah dikau sebagai matahari,bulan dan bintangku..
Kerana aku sangat memerlukan dirimu..
Sebagai penyuluh hidupku yang satu.
Menyusuri kehidupan yang penuh berliku.

6 comments:

  1. Begitulah hikmahnya insan yang bergelar guru.

    ReplyDelete
  2. hanya guru yang memahami guru...

    ReplyDelete
  3. sedih pulak menghayati sajak ni.huhuhu.....

    ReplyDelete
  4. Kalau dibandingkan guru dulu dan kini, memang "jauh bezanya".... hanya seorang "guru" yang dapat memahami kata-kata saya ini. Jadi fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  5. guru insan yang paling berjasa pada kita selain ibu dan bapa

    ReplyDelete
  6. memang jauh bezanya guru dulu dan sekarang. Semuanya berbeza

    ReplyDelete