Sunday, 10 July 2011

PANTUN


KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS SEKOLAH

Dari Raub  akan ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.


Tanda setuju angguk-anggukkan,
Adab tertib anak gemilang,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.

Ketukan gong bergema megah,
Pembakar semangat bangsa berhemat,
Perasmian majlis rasmilah sudah,
Dirasmi oleh tamu kehormat.

Pergi ke dusun menjolok kelapa,
Kelapa muda tidak berisi,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Buah cemara jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para,
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Apakan daya, kita sampai di hujung acara.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

8 comments:

  1. Sedap pantun2 ni.....Khazanah lama yg x perlu dilupakan

    ReplyDelete
  2. Boleh copy untuk jadi pengacara majlis.

    ReplyDelete
  3. Cgu Sidah, memang utk pengacara majlis pun. Nanti kita tambah lg bila senang.

    ReplyDelete
  4. Lama x pantun..tak reti nak beli. Walau apa pun..(pantun dulu kala)
    Pecah kaca pecah gelas,sudah baca,harap balas..

    ReplyDelete
  5. teringat arwah nenek yang selalu berpantun di pelantar di bawah pokok mangga di halaman rumah

    ReplyDelete
  6. Pantun salah satu cara meluahkan perasaan....betul tak..

    ReplyDelete
  7. betul-betul biasanya pantun terluah dari apa yang dirasa..

    ReplyDelete